TERMA DAN SYARAT MENYERTAI USAHAWAN DIBDIL EXCEL PRO BY DATO FADZILAH KAMSAH
1. Sila baca dan fahami terma dan syarat Usahawan ( Ejen) ini dengan teliti.
2. Harga pendaftaran Ejen RM 600, anda layak mendapat 5 Excel Plus dan menjadi ahli Usahawan Dibdil Excel PRO by Dato Fadzilah Kamsah dengan berbagai insentif yang akan kami sediakan.
3. Set Produk Dibdil telah disediakan mengikut Ejen.
4. Anda perlu komited, bersungguh, jujur, amanah dan berhasrat ingin meningkatkan kehidupan anda serta berkongsi rezeki.
5. Anda perlu mengisi borang, segala butiran perlu ditulis dengan jelas, betul dan menghantar borang tersebut ke, Dibdil Trading untuk Perakuan dan Pengesahan dari pihak kami yang anda adalah Ejen yang SAH dan layak mendapat harga dan komisyen yang ditetapkan. Sekiranya anda memberi maklumat palsu, pihak pengurusan akan menolak permohonan anda tanpa sebarang alasan. (Syarat WAJIB menjadi Ejen)
6. Semua Ejen diwajibkan membuat sasaran jualan dan pembelian yang berterusan dari Pejabat Dibdil sahaja.
7. Ejen diwajibkan menyediakan Salinan Kad Pengenalan, Salinan SSM (sekiranya ada) dan 2 keping gambar berukuran paspot dan Salinan kad pengenalan untuk memohon menjadi Ejen Usahawan Dibdil Excel PRO by Dato Fadzilah Kamsah.
8. Pembelian adalah berbentuk tunai atau bank in kepada Dibdil Trading. Resit bayaran atau bank in perlu di hantar ke Pejabat Dibdil Trading untuk membuktikan pembayaran telah dibuat.
9. Ejen perlu menandatangani Kontrak Insentif yang disediakan oleh pihak Usahawan Dibdil Excel PRO by Dato Fadzilah Kamsah.
10. Pasangan suami/ isteri boleh bergabung menjadi Ejen, dimana fees pendaftaran boleh digabungkan.
11. Hak pengedaran tidak boleh ditukar milik tanpa kelulusan dari Usahawan Dibdil Excel PRO by Dato Fadzilah Kamsah.
12. Ejen perlu mengambil sendiri produk di pejabat Usahawan Dibdil Excel PRO by Dato Fadzilah Kamsah. Dan cas penghantaran akan dikenakan jika Ejen memilih untuk produk di hantar kepada Ejen sendiri.